Isnin, 24 Oktober 2016



TENGGGOLOK DIRAJA

  • Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu.

  • Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH.

  • Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.


PAYUNG UBUR -UBUR KUNING

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.




PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG

  • Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.
COKMAR

  • Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
COGAN AGAMA

  • Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia

  • Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

ALAT - ALAT KEBESARAN DIRAJA


COGAN  AGAMA

Alat ini merupakan lambang Kebesaran KerajaanMalaysia.Alat ini diperbuat daripada perak berupa sebatang tonkat bulat berkepala besar. Terdapat lambang bulan dan bintang pecah lima yang diperbuat daripada emas di atas kepala tongkat. Pada batangnya terdapat ayat - ayat al-Quran.